Ahad, 29 Mac 2009

VISI DAN MISI SEKOLAH




SMK Sungai Limau akan menjadi Sekolah Menengah Nombor Satu di Daerah Yan pada tahun 2010.
Misi : Berusaha sedaya upaya memberi Pendidikan secara menyeluruh dengan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti bagi mencapai cita-cita untuk melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak dan berihsan terhadap persekitaran mereka.

PIAGAM PELANGGAN

Kami akan berusaha dengan penuh komitmen dalam melaksanakan segala tugas dengan semangat professional yang tinggi bagi menyempurnakan perkhidmatan yang berkualiti agar dapat memenuhi kehendak falsafah Pendidikan Kebangsaan.
SMK SG LIMAU YAN KEDAH
SEJARAH RINGKAS SEKOLAH

* Dibuka pada 1 Januari 1982 . Jumlah pelajarnya
berjumlah 459 orang , bilangan guru 19 orang, 12
buah bilik darjah dan Pengetua pertama En. Abdul
Razak b. Hashim, tahun 1983 hingga 1987 bilangan
pelajar meningkat begitu dinamik, sekolah terpaksa
berjalan 2 sesi, pagi dan petang.

* Mulai 1988 jumlah pelajar semakin berkurangan
kerana terdapat beberapa buah sekolah baru
berdekatan dibuka iaitu sekolah Agama Rakyat
dan juga pelajar Cina mengikuti tingkatan Peralihan
di sekolah lain. Tahun 1991 sekolah kembali
berjalan satu sesi iaitu sesi pagi dengan
tambahan satu blok bangunan baru dinaikkan.

* Tahun 2000 mula menawarkan Aliran Sains
bagi Tingkatan 4.

*Tahun 2002 sekolah dinaik taraf sebagai
sekolah gred A dan pengajian peringkat Tingkatan 6
( Pra - U/ 6 Rendah ) mula ditawarkan tahun 2003.

Seramai 11 orang pengetua telah berkhidmat
disini sejak ianya mula dibuka tahun1982
hingga 2006. Antaranya ialah seperti berikut :


NAMA PENGETUA TAHUN
ABDUL RAZAK B.HASHIM 1.1.82 - 31.1.86
ABDUL MUTALIB B. HASHIM 1.2.86 - 30.9.86
MAHADZIR B. LONG 1.10.86 - 15.10.89
ABDUL RAHIM B.AHMAD 16.10.89 - 15.1.92
MANSOR B. IBRAHIM 16.1.92 - 31.1.95
TAJUL URUS B. MD.ZAIN 1.2.95 - 31.8.96
NAYAN B. BAKAR 1.9.96 - 15.5.97
NORDIN B. MANSOR 16.5.97 - 15.3.03
CHE SU BT. AHMAD 16.3.03 - 30.9.05
NASRUDIN B.AB RAHMAN 1.10.05 - 31.12.08
RASIDAH BT HJ. ISMAIL 1.01.2009 - Sekarang